Hari Jumaat Yang Mulia 5 Feb 2021

Hari ini 5 Februari 2021, hari Jumaat yang mulia dan barakah. Tiba-tiba terasa nak menulis dan tak tahu nak tulis kat mana. Sekali teringat orang suka tulis di blog. So, nak buat jugalah. Sebelum ni, blog ni guna untuk pos iklan barang meniaga je.

Nak menulis tapi tak tahu pulak nak tulis apa. Tak tahu nak start dari mana. Nak luahkan perasaan tapi takut jadi apa2 hal pulak lepas ni.

Sebab sebenarnya nak menulis je, tak kisah apa janji bukan nak buka hal peribadi yang mengaibkan.. cuma nak berkongsi pengalaman hidup.

Menulis ni boleh mengalihkan kesedihan dan kekecewaan kita kan.. sekurang-kurangnya buat kita lupa sekejap pada masalah yang kita hadapi saat ini.

Tiap2 hari pergi kerja, kat ofis pagi2 buka mengaji kat youtube. dengar surah yasin, kahfi, sajdah, waqiah dan mulk. memandangkan hari ni Jumaat, skrg buka selawat nabi pulak. sambil dengar sambil menulis.

Kerja kat sini start 11 Ogos 2020. Dah lebih kurang 7 bulan dah kerja kat sini. Liza ex schoolmate masa kat Muar dulu yang dapatkan kerja ni. Syukur dalam keadaan covid sekarang masih dapat kerja , lagi pulak umur dah 39 nak masuk 40 tahun. Dan pada hujung bulan Ogos itu, didapati tak datang period.  

Kemudian, masa dah 6 weeks prenancy pergi check kt hospital. so, terima je la rezeki Allah dah bagi. sebenarnya perasaan bercampur baur gembira dan takut dan mcm2 perasaan lg. 

2019, Maryam anak pertama hasil perkahwinan kedua dengan suami lahir pada hari kelahiran saya. sebulan kemudian, pada 17 ramadhan bersamaan hari nuzul quran Maryam telah dijemput Ilahi. Maryam lahir tak cukup bulan. 6 bulan setengah, pre-matured baby, banyak complication yang Maryam alami. Doktor dah cakap awal-awal baby pramatang banyak masalah, either dia hidup atau mati. Hidup pun maybe akan cacat. 

Hari Maryam meninggal tu, pagi tu nurse call suruh datang nak ambik darah ibu sebab nak masukkan darah kpd Maryam, condition Maryam dah teruk waktu tu.. bayangkan bayi pramatang ada 12 jenis ubat masuk dalam badan dia melalui 12 jarum. kat kepala, leher, perut ke dada, kaki dan tangan ... ya Allah sedih hati ni melihatkan Maryam. 

Tengah hari tu datang lagi wad NICU, melawat Maryam masa tu hujan ribut kat luar basah kuyup tp pergi juga tgk Maryam. ms ni Sultan Ahmad sultan Pahang dah kembali ke rahmatullah pagi tu. lepas tengok Maryam, balik lagi. tp ms dlm wad dah berdoa pd Allah dlm hati, ya Allah andai aku sebagai ibu dpt memohon kpd Mu, jgn lah di seksa lagi Maryam ini.. ambil lah dia andai ini dpt melepaskan seksa nya dan aku redha ya Allah.. tak sanggup melihatkan anak ku dlm keadaan begitu.

Lebih kurang jam 3.30 petang, nurse call suruh dtg hospital lg. kami suami isteri dtg dan Maryam dah tak bernyawa. Doktor kata doktor boleh buat cpr klu nak, tp kami suami isteri tak sanggup nak seksa Maryam lg. bagaimana bayi sekecil itu hendak dihenyak2 dada nya dgn CPR. kami redha Allah lebih sygkan Maryam.

Kami menunggu proses membawa Maryam balik, dalam waktu Asar atau selepasnya, kami dah sampai ke rumah. Saat Maryam dah tak bernyawa, barulah saya dapat mencium dia. sejak dia lahir dia dah masuk inkubator, jadi memang tk dpt cium dia. dpt usap2 bdn dia shj..

Makcik di qariah saya mandikan Maryam , dan jiran saya membantu menguruskan kubur. Selesai mandi jenazah, kami bawa Maryam ke masjid untuk solat jenazah. Lepas azan maghrib, jemaah di masjid sama2 solatkan Maryam. saya tak suci lagi waktu tu. memandangkan waktu tu waktu berbuka puasa, tak ramai sgt jemaah, ada lah 2 saf jemaah lelaki dan 1 saf jemaah perempuan. Imam masjid kata untung dan bertuah ada anak syurga.

Kemudian, bawa Maryam ke tanah perkuburan. dah gelap masa tu dalam jam 8 malam lebih kurang, sudah ada penggali kubur yang menunggu. suami saya menguruskan pengebumian Maryam. 

Selesai sudah, dan kami redha atas takdir mu ya Allah. 

Maryam lahir 22 April 2019

Maryam pergi 22 May 2019

Mama sayang Maryam, moga kita dapat berjumpa di syurga..dengan izin Allah

Comments