Mengandung kali ke-2 dan keguguran

Sebenarnya dari sebelum berkahwin buat kali ke 2 tu, dah sama2 setuju taknak ada anak sebab saya ada seorang anak dan suami ada 5 orang anak. Anak2 kami semua dah dewasa dan remaja, yang paling kecil pun sekarang dah darjah 6

Tapi awal tahun 2020, saya mengandung lagi. maybe hujung tahun 2019. silapnya sebab saya tak ambil suntikan cegah kehamilan tu. kadang2 sy rasa diri sy ni pun ada sengal nya jugak. dah tahu taknak beranak tapi tak cegah dr awal.

Kami suami isteri terima dengan redha rezeki Allah nak bagi. Namun, sudah takdir Allah saya keguguran setelah 19 minggu hamil.

Tiba2 je pagi tu sy mengalami turun darah sedikit dan kemudian nak mandi solat subuh, air ketuban saya rasakan mcm pecah. kemudian turun darah lagi, suami pun siap2 lah nak bawa saya ke hospital.

Hari Khamis 26 Mac 2020, doktor kata baby masih bernyawa dalam perut, jalan dah buka 2 cm. saya pun pelik

Saya dimasukkan ke wad dan doktor kata kandungan ni memang air ketuban dia dah pecah tapi ada chance dia nak hidup dan saya leh teruskan kandungan

Jadi sebab itu sy warded sbb mereka nak monitor.

Esoknya hari Jumaat 27 Mac 2020, pagi selepas sarapan saya macam demam sebab suhu badan meningkat

Doktor ambik keputusan untuk gugurkan kandungan sebab takut jangkitan kuman kepada saya, maka doktor masukkan ubat. 

Tengah hari tu, kandungan saya pun keluar dengan terpaksa rela. Anak lelaki doktor cakap. 

Saya call anak suruh call suami kat ofis. Uruskan jenazah anak lelaki kami ni. saya namakan dia Ali-'Imran. Ali-'Imran pergi menghadap Ilahi pada hari Jumaat yang mulia.

Makcik yang sama mandikan jenazah Maryam dulu yang mandikan Ali-'Imran

Makcik tu kata untunglah dah ada 2 anak syurga pd suami saya. Selepas solat jumaat (takde solat jumaat sbb time ni dah start covid), suami sy uruskan pengebumian Ali-'Imran. suami pun tak dpt teman sy ms sy warded sbb covid.

Ali-'Imran dikebumikan selang 4 kubur dari kakaknya Maryam. 

Ali-'Imran pergi 27 Mac 2020 

Moga mama dapat jumpa Maryam dan Ali-'Imran di syurga kelak, dengan izin Allah..

 

Comments