Mengandung kali ke-3
Mengandung kali ke-3 ni mudah2an dapat lahir dengan selamatnya, cuma saya takut nak bersalin. sakit kan.. ingat lagi masa lahirkan anak buat pertama kalinya dlm hidup sy, dah berazam masa tu taknak bersalin lagi sebab sakit dan serik
Tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan
Minggu depan 10 Februari 2021 ada pregnancy check up di klinik kesihatan. 16 Februari pulak ada appointment kat hospital.
Pada hari yg sama iaitu 16 Feb ada peperiksaan online dr SPA untuk jawatan penolong pegawai belia dan sukan. Jam 10 pagi. harap2 sempat nak buat exam online tu nnt
Mengandung kali ni, tak tahu nak cakap mcm mana. buka buku pink lmbt hari tu, mcm biasa kena marah dgn nurse dan doktor. telan je la..
Due date bersalin dijangka awal bulan 5 maknanya sebelum raya..
Hrp2 tahun ni dapat lah tunaikan solat sunat tarawikh kat masjid, dah 2 tahun tak dapat sebab masa 2019 uzur dalam pantang lahirkan Maryam dan kemudian 2020 takleh g masjid sebab covid
Rindu sangat nak g masjid ramai g tarawikh, ingat lagi masa sebelum kahwin dengan suami yang baru ni, tahun 2017.. ramadhan tu mmg penuh bermakna sbb dpt tunaikan tarawikh secara optimum walau tak full, dapat tadarus dengan makcik2 masjid kemudian khatam quran. dapat hadiah saguhati mcm kain batik duit raya dan telekung. bukan lah kita beribadah tu nak dptkan ganjaran tu tp tak sangka join makcik2 tu tadarus jd seronok.
Itu lah last dpt tarawikh dan tadarus yg betul2 sungguh2. nov 2017 dh kawen, 2018 pergi tarawikh juga tp tk byk.. byk g jalan2 shopping kt jalan taiping dgn suami dan anak2, maklum lah br dpt keluarga baru. terasa rugi sgt kan abaikan ramadhan mcm tu je.
Ha skrg dh rindukan Ramadhan tapi Allah tak izinkan lg. Feel tarawikh dan tadarus kt masjid tak sama mcm buat kt rumah, sedih sebenarnya.. sesungguhnya betul la kita ni manusia sentiasa dalam kerugian. bila tk ingat Allah time senang dulu.. time susah br nak ingat
Persediaan nak sambut baby ke 3 ni tak buat apa2 pun lg. tp ada juga la usha tilam baby, cantik2. harga pun ok la berpatutan. taknak bazir sgt sbb baby pakai sekejap je kan. nanti dah dekat2 sikit nanti br beli
Syukur alhamdulillah ada kerja ada gaji nak beli semua tu.
Dalam hati ni masih takut sebenarnya nak bersalin, mcm mana lah nnt agaknya. masuk spital mesti kena cucuk jarum kt tangan punya. umur 40 ni leh ke bersalin lg, ada tenaga ke? moga2 dgn kekuasaan Allah, semuanya berjalan dengan selamat dan lancar
Pasrah dan berserah pd Allah sahaja lah, ingat lg pesan Liza jaga kandungan mana tahu anak ni nanti yang akan jaga saya masa saya tua nanti
Saya serahkan semuanya pd Allah, apa jua yg Allah takdirkan sy terima dgn hati redha, sy nak jd baik dan sabar. nak jd hamba Allah yg Allah syg. walapun kita ni tak lari dr asyik buat silap dan dosa je.
Comments
Post a Comment