Perkahwinan kali ke-2
Saya mengenali suami melalui aplikasi wechat dalam awal tahun 2017, pertama kali tengok gambar dia dah terpikat. sebab dalam gambar tu dia berpakaian uniform askar. dia pernah berkhidmat sebagai askar wataniah dan sekarang dah tamatkan perkhidmatan tu sebab kecederaan kaki yang dialaminya dulu
Pada mulanya kami hanya berkawan biasa, on dan off. sekejap ada sekejap takde. Maybe waktu tu masing2 takde feel lagi. Selalunya yang dah lama tak wasap saya, saya akan delete nombor mereka.
Bila ada yang wasap semula, baru sy save kembali. jd pd mulanya dia ni maybe tak serius pun berkwn dgn sy. maybe waktu tu dia ada kwn special.
Nak dijadikan cerita, dia wasap semula. Kami pun ber wasap wasap mcm biasa. Sampai satu ketika, kami plan nak jumpa. Nk tgk depan2. So tpt pertama kali jumpa ialah di kompleks sukan pandamaran. ms tu sy dtg dgn mak dan anak naik kete. dia pulak naik motor. sekejap je jumpa, ms tu azan zuhur berkumandang dr masjid berdekatan. so dh tgk diri masing2 kami pun beredar.
Kemudian, kami plan berjumpa lagi kali ni saya ambik dia naik kereta saya dan kami borak2 di tanjung harapan. sebenarnya sebelum tu ada juga ajak dia teman kan saya naik kete saya pergi beli barang, tp dia taknak sebab alasan dia naik kete jem lg baik naik motor.
Daripada borak2 kat tanjung harapan tu la, kami jd semakin rapat. Yang sy ingat 11 Ogos 2017 hari Jumaat masa tu, dia ajak bercinta secara rasmi. Kira couple la org muda kata..
Pada harijadinya, 22 Nov 2017 kami bernikah di pejabat agama, simple je takde kenduri kendara. ingat nak menikah ms maulud nabi 1 dec tp sbb public holiday kan jd takut tok kadi tkde. hanya buat family gathering je 1 dec tu sbb harijadi mak sekali meraikan pernikahan saya dan suami
Makanya saya kembali bergelar isteri orang selepas 9 tahun menjanda. ramadhan 2017 tu sy ada berdoa kpd Allah, jodohkan sy dgn seseorg yg boleh membawa sinar baru dlm hidup sy. tak sangka Allah jodohkan sy dgn si dia. syukur alhamdulillah.
Comments
Post a Comment